Monday, 1 December 2014

Teori Kedatangan Islam dari Semenanjung Arab



Teori kedatangan Islam dari Semenanjung Arab telah dikemukakan oleh John Crowford dan disokong pleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 M, orang-orang Arab sampai ke Tanah Jawa. Pada tahun 684 M, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Menurut satu lagi catatan, pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun bin Harun Al-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan seorang dari kalangan mereka berketurunan Quraisy, belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap raja Perlak, Aceh dan berjaya mengislamkan baginda. Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya dangan mubaligh Quraisy itu, sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa.

       
    Hasil perkahwinan mubaligh Quraisy dang puterinya, mereka dikurniai seorang putera, lalu diberi nama Sayed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak. Terdapat juga satu catatan Barat yang menyebut bahawa pada tahun 1717 M, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri daripada 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China, kapal-kapal itu berhenti sebentar di Sri Langka, dan Sriwijaya di Palembang. Ketika mereka berhenti, mereka berdakwah dan menyebarkan agama Islam disitu. Selain itu, wujud persamaan tulisan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Semenanjung Tanah Arab. Perkataan Arab terdapat dalam tulisan Jawi, zapin dan dabus.

No comments:

Post a Comment