Monday, 1 December 2014

Teori kedatangan islam dari india





Kedatangan islam dari india dikatakan berasal dari wilayah gujerat dan pantai coromandel pada abad ke-13 masihi. Teori ini dikemukakan oleh snouck hurgronge. Beliau berpendapat bahawa islam datang dari india kerana menurut beliau hubungan rantau antara asia tenggara dengan india sudah lama wujud. Pedagang islam dari india menyebarkan islam ke asia tenggara. Bukti ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya pelabuhan gujerat yang merupakan pelabuhan terpenting pada zaman alaudin khinji di india.

          Selain itu, terdapat bahan bukti lain seperti batu marmar pada batu nisan malik ibrahim di gresik, jawa timur dan batu marmar pada batu nisan malik al-salih di pasai yang mempunyai ciri-ciri buatan india. Mazhab yang menjadi anutan orang gujerat, mazhab syafi’i, adalah sama dengan yang dihayati oleh kaum muslimin di asia tenggara. Hal ini menguatkan teori kedatangan islam dari india dan melemahkan teori kedatangan islam dari china yang kebanyakannya mengamalkan mazhab hanafi (mahmood saedon-secara lisan).



Edited from Warisan Warga Alam Melayu by Muhammad Bukhari Lubis, Makmur Haji Harun and Alizah binti Lambri

 

No comments:

Post a Comment