Monday, 1 December 2014

Sejarah Ringkas Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu dan Tulisan Jawi




                        Tulisan Jawi telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai.  Tulisan Jawi kemudian disebarkan ke kerajaan Melaka, Johor dan juga Acheh pada abad ke 17.   Tulisan dan skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.   Kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam dan tulisan Jawi.  Mengikut beberapa pendapat kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat sesudah abad ke 13 Masihi.

                        Oleh itu, sejarah kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu ada kaitannya dengan tulisan Jawi.  Ini dibuktikan dengan kemunculan tulisan Jawi bersumberkan tulisan Arab/Islam.  Pelbagai teori dan pandangan dikemukakan bagi menguatkan hujah tentang kedatangan Islam.  Para pengkaji barat dan Timur termasuk pengkaji tempatan sendiri seperti Syed Naquib al-Attas, Omar Awang, Fatimi S.Q., Wan Hussin Azmi dan sebagainya menegaskan bahawa kedatangan Islam bukan sahaja membawa agama dan kepercayaan tetapi aspek budaya Melayu yang lain. 


Edited from blog's Sapiah bt. Asri

No comments:

Post a Comment