Monday, 1 December 2014

Perkembangan Tradisi Penulisan di Alam Melayu



Pada peringkat awal di Alam Melayu,  tulisan dianggap sebagai kuasa magis dan ketuhanan kerana tulisan dianggap perkara yang unik dan tidak ramai dalam kalangan rakyat yang menguasainya. Wujudnya beberapa kerajaan di bumi Melayu seperti Sriwijaya dan Melayu pada zaman pra-Islam sudah tentu memerlukan sistem tulisan untuk melicinkan urusan pentadbiran negara dan perhubungan luar. 

Hal ini demikian kerana, Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar yang bergantung kepada lautan dan menjadi maritime power. justeru, mereka banyak berhubung dengan masyarakat asing yang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan dalam urusan perdagangan mereka. 

         Pada peringkat awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu, iaitu kira-kira pada abad ke-2 Masihi, masyarakat Melayu tidak mencipta tulisan Jawi serta merta. Sebaliknya, mereka menggunakan skrip jawi yang sedia ada bagi tujuan penulisan. Batu Bersurat Terengganu merupakan dokumen awal bukti penggunaan Tulisan Jawi di Alam Melayu. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, baru bersurat tersebut ditulis pada tahun 702 H, bersamaan tahun 1303 M.

No comments:

Post a Comment