Monday, 1 December 2014

Peranan Tulisan Jawi



Peranan Tulisan jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia pengajian, pusat penyalinan, penterjemahan, dan perpustakaan bagi khazanah persuratan Melayu Islam.

Kitab-kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, al-Durr al-Manzum dan tentu sekali banyak lagi yang lain, tersalin/tersimpan di sini, manakala kitab Bahr Lahut karangan Sheikh Abdullah Arif (1177 M) dikatakan oleh Wan Muhammad Shaghir ( 1996: 1-2) telah diMelayukan di Melaka pada zaman ini.

Ulama-ulama daripada Timur Tengah, Parsi, India dan lain-lain, antaranya Makhdun Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuf, Mualana Yusuf, Maulana Sadar Johan dan Maulana Jalaluddin telah mengunjungi atau menetap di Melaka untuk mengajar bangsawan dan pembesar Melaka termasuklah sultan sendiri (Sejarah Melayu, Ms Raffles No 18, 1998: 122, 183, 185). Jawatan Qadhi dan Faqih menduduki barisan depan pembesar Melaka.

Pelajar-pelajar daripada kawasan lain di Kepulauan Melayu belajar di Melaka dan apabila kembali ke tempat masing-masing telah menjadi pendakwah Islam dan ada yang menubuhkan pusat pengajian mereka sendiri, termasuklan beberapa tokoh Wali Songo Jawa iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri (R. 0. Winstedt, 1977:85). 

Edited from Hashim Hj. Musa

No comments:

Post a Comment