Monday, 1 December 2014

Melaka sebagai Pusat Tamadun Islam Dunia Kurun ke-9H/ 15M


 



Empayar Melaka pada pertengahan kurun ke-15 M merupakan kemuncak kegemilangannya, terutamanya pada zaman Sultan Mansur Syah yang menaiki takhta sekitar tahun 1456 (Muhammad Yusoff Hashim, 1989:114).

Tiga tahun sebelum itu iaitu 1453 kerajaan Islam Uthmaniyyah telah menawan bandar Constantinople/Istanbul daripada Kerajaan Romawi Timur menandakan kemasukan Islam ke Eropah timur.

Namun pada tahun 1492 iaitu 36 tahun kemudian, kerajaan Islam di Sepanyol telah dimusnahkan oleh kerajaan Kristian, menandakan kehancuran kuasa orang Islam di Eropah barat sehingga kini.

Sesungguhnya, Melaka bersama Pasai dalam abad ke-15 telah menjadi pusat kebudayaan Melayu Islam yang terkemuka di duniab dan menjadi nadi pengajaran dan penyebaran Islam ke seluruh Asia Tenggara.

lstana Sultan menjadi semacam madrasah dan maktabah. 

Edited from Hashim Hj. Musa.

No comments:

Post a Comment