Monday, 1 December 2014

Melaka Pelabuhan Tersibuk


Melaka juga pada masa itu merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di dunia, seperti yang dinyatakan oleh Tom Pires pencatat rasmi kerajaan Portugis ketika itu:
 
"No trading port as large as Malacca is known nor anywhere they deal in such fine and highly prized merchandise. (Tiada pelabuhan yang sebesar Melaka diketahui dan tiada yang berdagang barangan yang secantik dan semahal itu)." (Suma Oriental of Tome Pires, Armando Cortesao, 1944:286).

Simon Elegant dalam Far Eastern Econmic Review, IO Jun, 1999:45, telah menegaskan tentang Melaka (Terjemahan): "Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia.


Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di 87 Jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005 pasar.

Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat.

Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya." Demikianlah Melaka pada masa itu benar-benar pusat tamadun Melayu Islam yang telah mencapai taraf dunia, dengan organisasi dan institusi sosial dalam bidang ekonomi, politik, pentadbiran, pendidikan, dan agama Islam yang kukuh dan berwibawa. 

Edited from Hashim Hj. Musa.

No comments:

Post a Comment