Monday, 1 December 2014

Faktor Kedatangan Islam ke Asia Tenggara



1.       Kedudukan Strategik

Kedudukan Asia Tenggara yang strategik, iaitu di tengah perjalanan Timur Barat yang dihubungi dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kedudukan ini mempunyai hubungan yang penting dengan China dan India. Faktor yang menyebabkan berlakunya perkembangan di Asia Tenggara adalah antara lain kawasannya yang strategik sesuai untuk aktiviti perdagangan. Faktor inilah yang telah mempertemukan angin monsun Barat Daya dengan Timur Laut, jalan darat, iaitu Jalan Sutera.



2.    Perdagangan

Pada peringkat permulaan, proses kemasukan Islam adalah melalui perdagangan. Kesibukan perdagangan pada abad ke-7 hingga abad ke-16 membuatkan pedagang-pedagang Muslim (Arab, Parsi dan India) turut mengambil peluang dalam perdagangan dari negeri-negeri Barat, tenggara dan timur Benua Asia. Peng-Islaman melalui perdagangan ini sangat memberangsangkan kerana raja dan bangsawan turut serta dalam kegiatan pedagangan, bahkan mereka menjadi pemilik kapal dan saham. Mereka berhasil mendirikan masjid dan mendatangkan orang dari luar sehingga jumlah mereka menjadi ramai dan menjadikan orang Muslim kaya-raya.



3.      Perkahwinan

Dari sudut ekonomi, para pedagang Muslim memilik status sosial yang lebih baik daripada kebanyakan rakyat di situ, sehingga penduduk terutama puteri-puteri bangsawan, tertarik untuk menjadi isteri kepada saudagar tersebut. Sebelum berkahwin, mereka di-Islamkan terlebih dahulu. Setelah mereka mempunyai keturunan, lingkungan mereka makin luas, akhirnya timbul pelbagai kampung, daerah dan kerajaan Muslim.



Edited from Warisan Warga Alam Melayu by Muhammad Bukhari Lubis, Makmur Haji Harun and Alizah binti Lambri.

No comments:

Post a Comment